Pengundi muda penentu masa depan Johor, jangan salah pilih pemimpin - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid bercakap pada Program Apa Khabar Siswa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang hari ini. Foto: Bernama
PASIR GUDANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, golongan pengundi muda bakal menjadi penentu utama landskap politik Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.
Katanya secara purata kira-kira 51.5 peratus pengundi berada dalam kelompok usia 40 tahun ke bawah, termasuk pengundi berusia 18 tahun serta mereka yang pertama kali mengundi.
Iklan
Iklan
"Secara purata 51.5 peratus adalah anak-anak muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Mereka menjadi pengundi penentu," katanya ketika dialog pada program Program Apa Khabar Siswa? di Johor di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini pada Khamis.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Iklan
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata, golongan muda tidak semestinya perlu menceburi politik secara aktif.
Namun katanya, golongan itu perlu mengambil tahu perkembangan politik negara kerana setiap undi mampu menentukan hala tuju kepimpinan negeri dan negara.
Iklan
"Pengundi 18 tahun dan pengundi kali pertama tidak perlu terlibat dalam politik. Kalau mahu terlibat, boleh. Saya sendiri mula aktif dalam politik ketika menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya (UM).
"Yang penting, anak-anak muda mesti mengambil tahu tentang politik walaupun tidak mahu terlibat. Jangan sia-siakan peluang mengundi kerana undi penentu itu penting untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi politik," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan golongan muda supaya membuat pilihan yang bijak apabila tiba masanya mengundi.
"Biarpun majlis ini bukan majlis kempen politik, tetapi di hati saya, anak-anak muda pilihlah pemimpin muda yang boleh mentadbir negeri Johor dengan sebaik-baiknya," katanya.
Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam membuat satu laporan polis terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung dakwaan salah laku membabitkan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ketika tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Wakil calon PH Machap yang juga Timbalan Ketua Kawasan Amanah Simpang Renggam, Hairu Nasir Rohani berkata laporan polis itu dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya berlaku pelanggaran peraturan kempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787073/berita/politik/ph-simpang-renggam-buat-laporan-polis-dakwa-mb-johor-langgar-peraturan-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.