Projek tapak perkuburan Islam di Hulu Semenyih dirancang sejak 2005- Hannah Yeoh

Iklan
Hannah

SHAH ALAM - Kerajaan menegaskan Projek Pembangunan Tapak Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Hulu Semenyih dihasratkan sejak 2005 bagi menangani kekurangan tapak perkuburan Islam di Kuala Lumpur dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Semenyih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, selain memenuhi keperluan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, projek ini turut memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 10 peratus daripada kapasiti tapak perkuburan diperuntukkan bagi tujuan pengebumian penduduk sekitar di negeri Selangor.

"Kapasiti tanah perkuburan Islam sedia ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melebihi 70 peratus penggunaan.

Iklan

"Sehingga Jun 2023, hanya kira-kira 29 peratus atau 34,496 lot masih berbaki dan dijangka hanya mampu menampung keperluan sehingga sekitar tahun 2032.

"Justeru, penyediaan tapak perkuburan baharu merupakan keperluan mendesak bagi menjamin kebajikan umat Islam pada masa hadapan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim masing-masing mengeluarkan kenyataan di media sosial masing-masing mengenai isu tanah perkuburan Islam di Semenyih.

Chegubard mendakwa sebuah syarikat mengurus pengebumian bukan Islam mendapat hak bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) untuk perjanjian urus tapak perkuburan Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Gulam mendakwa projek tanah perkuburan berkenaan akan diswastakan kepada syarikat luar yang didakwa mengakibatkan peningkatan kos pengebumian.

Tambah Hannah, projek ini dilaksanakan menerusi kaedah kerjasama awam swasta di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan seluas 332.6 ekar.

Jelasnya, sebagai sebahagian daripada perjanjian, pemaju akan menanggung sepenuhnya kos penyediaan infrastruktur termasuk kuarters, surau, pejabat, pentadbiran, kafeteria, tandas serta rumah pengawal dan juga kerja-kerja tanah bagi 104,470 plot kubur Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Tanah tapak projek ini kekal sebagai milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.Pengurusan, pentadbiran dan operasi Tapak Perkuburan Islam tersebut kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Ia bukannya diuruskan oleh mana-mana syarikat. Oleh itu, laporan polis telah dibuat bagi mengekang penyebaran maklumat yang tidak sahih.