Jadi pembangkang lebih munasabah
Iklan
Jayum (gambar kecil) berkata, pengakuan Muhyiddin dilihat agak tepat dengan situasi semasa atau ‘berpijak di bumi yang nyata’.
SHAH ALAM – Pengakuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan tidak mampu membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap sebagai penilaian yang realistik berdasarkan jumlah kerusi ditandingi gabungan itu.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, dengan hanya bertanding di 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), peluang PN untuk membentuk kerajaan dilihat agak sukar apatah lagi gabungan berkenaan hanya menang tiga kerusi pada PRN Johor sebelum ini.