Kerajaan kaji semula pelaksanaan e-invois, caruman KWSP pekerja asing

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) pada Program Ramah Mesra Pengerusi Barisan Nasional bersama pengundi Iskandar Puteri, pada Rabu.

ISKANDAR PUTERI- Kerajaan bersetuju mengkaji semula pelaksanaan e-invois serta cadangan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu dibangkitkan BN bagi memastikan beban yang ditanggung syarikat dapat dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan (MOF).

"Begitu juga sumbangan dua peratus KWSP oleh syarikat yang menggaji pekerja asing, dapat diberikan pertimbangan semula. Ertinya, permintaan dari BN telah diambil kira oleh Jemaah Menteri," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Ramah Mesra Pengerusi Barisan Nasional bersama pengundi Iskandar Puteri, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri turut membincangkan saranan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung keputusan pengecualian cukai selama 10 tahun kepada TAR College yang menurutnya belum dilaksanakan.

Iklan

Jelasnya, saranan itu mendapat respons yang sangat baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri.

"Jadi saranan Ka Siong adalah supaya keputusan lama untuk memberikan pelepasan cukai selama 10 tahun kepada TAR College telah dipersetujui tadi.

"Mereka cuma perlu untuk mengemukakan 'audited annual account' setiap tahun kepada MOF.

"Ini keputusan muktamad Jemaah Menteri, juga mendapat sokongan daripada menteri-menteri pelbagai parti," katanya.

Ujar beliau, keputusan itu merupakan hasil perjuangan MCA yang merupakan parti komponen BN.

"Ini adalah perjuangan MCA dan Ka Siong yang amat jelas dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang mendengar saranan daripada Presiden MCA, di mana MCA adalah komponen BN. Maknanya, desakan BN telah diluluskan," katanya.