MARA bawa produk usahawan ke pasaran global
Iklan
Asyarf Wajdi (enam dari kanan) ketika hadir merasmikan Program Himpunan Usahawan MARA Johor pada Rabu.
JOHOR BAHRU– Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan usahawan apabila produk keluaran usahawannya bakal dipasarkan menerusi rangkaian pasar raya Lulu di seluruh Timur Tengah dengan nilai melebihi AS$100 juta.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebanyak 342 jenis produk (Stock Keeping Unit atau SKU) usahawan bimbingan agensi itu berjaya mendapat tempat untuk dipasarkan di sana.
Iklan
Iklan
"Fokus MARA untuk usahawan kali ini, kita nak fokus lebih banyak kepada pengantarabangsaan, yang terbaru kita sudah pun mendapat kelulusan daripada syarikat-syarikat antarabangsa yang ada rangkaian outlet di seluruh negara Arab iaitu Lulu.
"Ini adalah usahawan-usahawan yang kita gemblengkan daripada MARA dan kita berjaya mendapatkan tempat untuk produk-produk ini dijual di seluruh Timur Tengah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Usahawan MARA Johor pada Rabu.
Iklan
Dalam pada itu katanya, bagi program Get to Global, MARA menyasarkan nilai jualan RM1 billion dalam tempoh lima tahun akan datang yang melibatkan 176 usahawan-usahawan Bumiputera.
Katanya, program seperti Himpunan Usahawan MARA Johor selari dengan agenda pembangunan negeri khususnya dalam memperkasa golongan usahawan.
Iklan
"Kita bukan sahaja mahu Johor sebagai sebuah negeri maju tetapi yang paling penting komponen paling besar adalah pembangunan usahawan.
"Kita mahu usahawan-usahawan Bumiputera Johor tidak ketinggalan dalam usaha kerajaan negeri dalam merencanakan Maju Johor 2026 hingga 2030 ini," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 khazanah berharga disimpan Cikgu Jamal"><meta itemprop="description" content="Salinan Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 khazanah berharga disimpan Cikgu Jamal
Lebih enam dekad selepas laungan keramat ‘Merdeka’ bergema pada 31 Ogos 1957, sejarah detik kelahiran negara masih tersimpan rapi di sebuah galeri kecil di Kampung Serkat, Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Di sebalik helaian dokumen yang semakin dimamah usia, surat khabar lama dan pelbagai cenderamata kemerdekaan, tersimpan kisah perjuangan serta semangat rakyat ketika menyambut pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793849/edisi/johor/salinan-pemasyhuran-kemerdekaan-1957-khazanah-berharga-disimpan-cikgu-jamal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Cikgu #Sejarah #Merdeka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T03:08:26.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2lz8m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2lz8m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2lz8m"></script>