SHAH ALAM - Sejumlah RM285,000 ganjaran IKEA sedia untuk dimenangi menerusi Kempen Impian Bumiputera dilancarkan S P Setia Berhad bertujuan untuk menyokong pemilikan rumah dalam kalangan pembeli Bumiputera.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Setia, Datuk Zaini Yusoff berkata, kempen tersebut menawarkan sokongan tambahan kepada pembeli Bumiputera yang ingin memiliki kediaman sendiri, sekali gus membantu mereka dalam proses pemilikan rumah.
Menurutnya, inisiatif berkenaan selaras dengan usaha berterusan Setia untuk memperluaskan akses kepada pemilikan rumah dan menyokong pembangunan komuniti yang mampan.
"Bagi kebanyakan pembeli rumah, berpindah ke kediaman baharu lazimnya melibatkan perbelanjaan tambahan untuk melengkapkan dan memperibadikan ruang kediaman mereka.
"Ganjaran IKEA yang ditawarkan menerusi kempen ini memberikan fleksibiliti tambahan kepada pembeli yang layak dalam membuat persiapan dan menyesuaikan kediaman baharu Setia mereka mengikut keperluan masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kempen bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2026 berkenaan menawarkan ganjaran kepada 57 pembeli Bumiputera pertama yang membeli unit Bumiputera dalam tempoh kempen dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dalam tempoh 30 hari selepas membuat tempahan.
Pembeli yang layak akan menerima kad hadiah IKEA bernilai RM5,000 yang boleh digunakan untuk melengkapkan dan memperibadikan kediaman baharu mereka.
Semua pembangunan Setia di seluruh Malaysia termasuk dalam kempen tersebut, memberikan pembeli akses kepada pelbagai pilihan kediaman di perbandaran terancang dan komuniti mampan.
Pembeli yang berminat boleh mengunjungi galeri jualan Setia di seluruh negara atau mendapatkan maklumat lanjut daripada wakil Setia di pameran bergerak Setia4U yang akan datang di lokasi terpilih di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Melalui pameran bergerak tersebut, pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat nasihat mengenai pilihan projek, kemudahan pembiayaan serta syarat penyertaan kempen. Mereka juga boleh meneroka pelbagai pilihan kediaman yang ditawarkan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Maklumat lanjut tentang Kempen Impian Bumiputera, lawati galeri jualan Setia, lokasi bergerak https://spsetia.com/kempenimpianbumiputera/.