AS dakwa musnahkan lebih 80 sasaran ketenteraan Iran

Iklan
Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan baharu ke atas Iran pada Selasa sebagai tindak balas terhadap serangan yang didakwa dilakukan Teheran ke atas kapal-kapal dagang di Selat Hormuz, menurut kenyataan CENTCOM. Foto: NBC NEWS.

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) memaklumkan telah melancarkan serangan ke atas lebih 80 sasaran ketenteraan di Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Teheran ke atas tiga kapal di Selat Hormuz.

Menurut kenyataan Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) yang dimuat naik di platform X pada Selasa, operasi itu menyasarkan pelbagai aset strategik milik Iran.

Iklan
Iklan

Antara sasaran yang diserang ialah sistem pertahanan udara, rangkaian perintah dan kawalan, tapak radar pesisir, keupayaan peluru berpandu antikapal serta lebih 60 bot kecil milik Pengawal Revolusi Iran (IRGC) di sekitar Selat Hormuz.

CENTCOM menyifatkan operasi itu sebagai respons terhadap tindakan Iran yang didakwa menyerang tiga kapal di laluan perkapalan strategik berkenaan.

Iklan

Ketegangan antara Washington dan Teheran terus memuncak selepas kedua-dua pihak saling melancarkan serangan dalam konflik yang turut melibatkan Israel, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan di Selat Hormuz, antara laluan perdagangan minyak paling penting di dunia.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan terkini yang dibuat oleh tentera AS.- AFP

Iklan