Naratif undi BN dapat Pas, Najib 'kontroversi' berpengaruh
Iklan
Isu pembebasan Najib menjelang PRN Johor antara kontroversi paling berpotensi mengubah momentum saat akhir kempen PRN Johor. Gambar kecil: Novel (kiri), Mohamad Hafis
SHAH ALAM - Isu membabitkan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan naratif 'undi Barisan Nasional (BN) dapat Pas' dilihat menjadi antara kontroversi paling berpotensi mengubah momentum saat akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Profesor Sosiologi Politik Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Novel Lyndon berkata, kedua-dua isu itu bukan sahaja mencetuskan perdebatan politik, malah menyentuh sentimen emosi pengundi berkaitan hubungan antara parti dan hala tuju politik negara.