Eloklah ada debat calon MB!
Iklan
Debat merupakan peluang terbaik untuk tunjukkan kejantanan masing-masing dalam politik.- Imej janaan AI
NAK tahu jaguh tak jaguh, ayuh berdebat secara terbuka. Berkokok dalam gelanggang sendiri, memang nampak hebat. Tapi taraf jaguh kampung.
Awang teringat keberanian Tuk Seri Ahmad Shabery Chik yang sambut cabaran Tuk Seri Anwar Ibrahim dalam Debat Agenda Daily pada 2007. Soal siapa memang tak penting. Lepas itu ada lagi debat di antara Tuk Seri Mujahid Yusof dan Tuk Seri Azeez Rahim pasal Tabung Haji. Tak lama dulu ada pula debat Bossku Najib dan Tuk Seri Anwar yang masa itu Ketua Pembangkang.