Nikmati durian percuma

Iklan

JERTIH - Orang ramai merebut peluang memilih dan menikmati pelbagai jenis durian seperti Musang King, Duri Hitam dan Kunyit percuma yang disediakan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di kebun durian musang king milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh di Kampung Pengkalan Sentul, hari ini.

Sebanyak tiga metrik tan durian tersebut disediakan termasuk untuk dimakan dengan pulut dalam program bermula 10 pagi sehingga 2 petang.

Iklan
Iklan

Tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan turut hadir menikmati raja buah premium itu.

Sebahagian buah tersebut adalah daripada kebun Azbi sendiri manakala selebihnya dibeli daripada pekebun durian premium lain. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan