GEORGE TOWN - Para pelancong mengunjungi Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lebuh Armenian hari ini.
Hari ini merupakan cuti umum bagi Pulau Pinang bersempena dengan pengisytiharaan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, UNESCO.
Selepas hampir dua dekad diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Pulau Pinang kini berada pada kedudukan yang lebih kukuh dalam mengurus dan memelihara George Town hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sejak pengiktirafan itu pada 7 Julai 2008. - Bernama