Belgium ranapkan impian AS di Seattle

Iklan
Charles De Ketelaere mudah menolak masuk gol pertama Belgium seawal minit kesembilan. Foto: Agensi

BELGIUM menamatkan perjalanan Amerika Syarikat (AS) di Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan meyakinkan 4-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Seattle, sekali gus mara ke suku akhir.

Tampil di hadapan penyokong sendiri, AS gagal mengekang ketajaman skuad Red Devils yang menghukum setiap kelekaan pertahanan menerusi persembahan klinikal sepanjang perlawanan.

Iklan
Iklan

Charles De Ketelaere muncul watak utama Belgium apabila meledak dua gol pada minit kesembilan dan ke-33 untuk memberikan pasukannya kelebihan awal.

AS cuba menghidupkan peluang apabila Malik Tillman merapatkan jurang menerusi sepakan percuma pada minit ke-31, namun jaringan itu tidak cukup untuk menggugat Belgium yang terus mengawal permainan.

Iklan

Memasuki babak kedua, Belgium terus memperlihatkan dominasi apabila Hans Vanaken menambah gol ketiga pada minit ke-57, sekali gus meletakkan tekanan besar ke atas tuan rumah yang memburu kebangkitan.

Segala harapan AS untuk kembali dalam perlawanan akhirnya terkubur apabila Romelu Lukaku melengkapkan kemenangan besar Belgium menerusi jaringan pada minit ke-93.

Iklan

Kemenangan itu membawa Belgium ke kelompok lapan terbaik dan menempah pertemuan dengan Sepanyol dalam aksi suku akhir.