Klanggroup terbit program Sukuk Wakalah RM4 bilion, sertai pasaran modal Islam

Iklan
Danny Ong

KLANGGRUOP Holdings Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam strategi pembiayaannya apabila mengemukakan Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM3.0 bilion dan Program Kertas Komersial Islam (ICP) bernilai RM1.0 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sekali gus menandakan penyertaan sulung syarikat itu dalam pasaran modal Islam.

Program Sukuk Wakalah berjumlah RM4.0 bilion itu, yang distrukturkan berasaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar, telah menerima penarafan awal AA3(s)/Stabil bagi IMTN dan P1(s) bagi ICP daripada RAM Rating Services Berhad.

Iklan
Iklan

Dana yang diperoleh menerusi program berkenaan akan digunakan bagi membiayai perbelanjaan modal, modal kerja, pembangunan projek, pelaburan, pemerolehan aset serta keperluan korporat am Kumpulan.

Pengeluaran dana dijangka dibuat secara berperingkat mengikut keperluan perniagaan, termasuk peluang pemerolehan bank tanah dan pelaburan baharu.

Iklan

Pengarah Eksekutif Klanggroup Holdings, Danny Ong berkata, penerbitan Sukuk Wakalah itu merupakan pencapaian penting dalam perjalanan syarikat selepas lebih sedekad membangunkan projek perindustrian di Malaysia.

Menurutnya, kemudahan pembiayaan tersebut menyediakan alternatif yang kukuh dan fleksibel bagi menyokong pelan pertumbuhan jangka panjang Kumpulan, selain mencerminkan keyakinan terhadap asas perniagaan yang dibina sejak penubuhannya.

Iklan

"Program Sukuk Wakalah sulung ini merupakan lembaran baharudalam perjalanan kami – langkah pertama kami memasukipasaran modal Islam serta satu manifestasi keyakinan terhadapasas kukuh yang telah kami bina selama ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, program Sukuk Wakalah ini menawarkan alternatif pembiayaan yang kukuh dan fleksibel bagi menyokong pelan pertumbuhan jangka panjang kumpulan.

Hong Leong Investment Bank Berhad dilantik sebagai Penasihat Utama, Pengatur Utama dan Pengurus Utama bagi Program Sukuk Wakalah itu, manakala Prof. Datuk Dr. Aznan Hasan bertindak sebagai Penasihat Syariah dan Lee Choon Wan & Co. sebagai peguamcara.

Klanggroup, yang sebelum ini dikenali sebagai WorldKlang Group Holdings Sdn Bhd, mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam pembangunan tanah perindustrian dan kilang menerusi jenama Excellent Technology Park serta K International Industrial Park.

Kumpulan itu turut mempunyai kedudukan strategik di koridor perindustrian utama, khususnya di kawasan Klang-Meru yang berhampiran Pelabuhan Klang, sekali gus menyokong permintaan yang berterusan terhadap projek-projeknya dalam kalangan pemilik dan pengendali perniagaan.

Sehingga akhir Disember 2025, Klanggroup telah menyiapkan atau sedang membangunkan projek meliputi lebih 800 ekar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM5 bilion.

Kumpulan juga masih memiliki bank tanah seluas kira-kira 550 ekar yang dianggarkan mempunyai GDV sekitar RM3.4 bilion.

Sepanjang tahun 2025, syarikat merekodkan hasil kira-kira RM900 juta hasil daripada pelaksanaan projek yang berdisiplin dan disokong oleh keupayaan pembinaan dalaman.