KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perak melibatkan Bagan Datuk dan Hilir Perak, Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor), dan Negeri Sembilan (Port Dickson).