Berbalas serangan untuk tonjol kekuatan
Iklan
Berbalas kritikan antara pemimpin BN dan PH sepanjang kempen PRN Johor tidak menggambarkan sepenuhnya keretakan dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Gambar hiasan. Gambar kecil: Profesor Madya Dr Mashitah (kiri), Muhammad Afifi (kanan)
SHAH ALAM - Berbalas kritikan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak menggambarkan sepenuhnya keretakan dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, situasi itu lebih kepada realiti persaingan politik di lapangan apabila setiap parti berusaha menonjolkan kekuatan masing-masing bagi meraih sokongan pengundi.