'Saya pelik betul dengan kempen PH' - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) didakwa seperti tiada modal apabila terus menjadikan isu pengampunan diraja membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya pelik dengan kempen PH daripada setinggi-tinggi pemimpin sehingga peringkat bawahan yang sering menjaja nama Najib di mana-mana sahaja.

Iklan
Iklan

Dakwanya, PH dilihat cuba membohongi rakyat seolah-olah jika Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Johor, bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan.

"Sekarang rakyat sudah cerdik, bukan senang dipermainkan seperti mana era 2018 dengan pelbagai janji-janji bohong bulan dan bintang.

Iklan

"Pembebasan Najib hanya ada satu sahaja cara seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu iaitu melalui kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebagai sebahagian daripada kerajaan Persekutuan, Asyraf Wajdi berpendapat PH perlu lebih berhemah dan berfakta dalam berkempen.

Iklan

"Kempenlah secara berhemah! Sejak bila pembebasan seseorang ditentukan melalui pilihan raya?

"Kemukakanlah tawaran realistik kepada rakyat, macam mana nak lawan agenda Maju Johor 2030 yang ditawarkan BN. Ini zaman politik idea serta fakta, bukan lagi politik sentimen dan auta!" ujarnya.