SHAH ALAM – OSK Property memperkenalkan TAMU @ OSK Mori Park, fasa ketiga pembangunan berorientasikan transit (TOD) di Seksyen 13, Shah Alam yang dibangunkan menerusi pelan induk seluas 15.28 ekar.
Dibangunkan di atas kawasan seluas 3.85 ekar, TAMU menjadi fasa terbaharu dalam merealisasikan visi OSK Mori Park sebagai sebuah komuniti bandar moden yang saling berhubung, lengkap dengan kemudahan kediaman, komersial dan gaya hidup dalam satu pembangunan bersepadu.
Fasa ini merangkumi 946 unit pangsapuri servis, 175 unit Signature Suites dan 21 unit premis runcit termasuk sebuah premis pandu lalu (drive-thru).
Terletak di kawasan matang Seksyen 13, Shah Alam, OSK Mori Park hanya kira-kira 700 meter berjalan kaki dari Stesen LRT3 Stadium Shah Alam.
Pembangunan itu turut mempunyai akses terus ke Jalan Subang serta dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Persekutuan, NKVE, KESAS, Guthrie Corridor Expressway, ELITE dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam.
Selain itu, pelbagai kemudahan utama turut berada berhampiran seperti MSU Medical Centre, Giant Hypermarket, AEON Mall Shah Alam, Stadium Shah Alam, Management & Science University (MSU) serta pelbagai kemudahan komuniti dan gaya hidup lain di sekitar Shah Alam.
OSK Mori Park memulakan pembangunan menerusi pelancaran ALIA pada Julai 2024 yang kini mencatatkan 98 peratus kadar jualan, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi pembeli terhadap lokasi strategik, kesalinghubungan dan konsep pembangunan yang ditawarkan.
Momentum itu diteruskan menerusi BAYU, fasa kedua pembangunan yang merekodkan 75 peratus kadar pengambilan selepas diperkenalkan pada Mei 2025.
Susulan sambutan menggalakkan terhadap kedua-dua fasa tersebut, TAMU diperkenalkan dengan konsep berinspirasikan Mediterranean yang mengetengahkan elemen seni bina seperti lengkungan elegan, rona warna lembut, kemasan terracotta, tekstur semula jadi serta landskap hijau bagi mewujudkan suasana kediaman yang selesa, tenang dan mesra komuniti.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Chu Wai Lune, berkata, nama TAMU dipilih kerana membawa maksud yang dekat dengan nilai kekeluargaan dan komuniti.
"Dalam Bahasa Malaysia, TAMU bermaksud tetamu, yang mencerminkan semangat mengalu-alukan kehadiran orang ramai, menyatukan keluarga dan komuniti serta mewujudkan sebuah tempat yang membuatkan semua orang berasa seperti di rumah sendiri.
"Pada masa sama, TAMU turut diinspirasikan daripada falsafah reka bentuk kami iaitu Timeless Aesthetic of Mediterranean Urbanity.
"Setiap aspek pembangunan ini, daripada seni bina dan landskap sehingga kemudahan gaya hidup, dirancang dengan teliti bagi menggambarkan kehangatan, pencahayaan semula jadi, tiupan angin lembut dan rentak kehidupan santai Mediterranean.
Jelas beliau, OSK Property komited mahu mewujudkan sebuah kediaman yang memberikan pengalaman seperti bercuti setiap hari, namun kekal praktikal untuk memenuhi keperluan gaya hidup bandar masa kini.
Menurut Wai Lune, TAMU menawarkan peluang pemilikan yang lebih mampu dimiliki dengan harga permulaan RM250,000 bagi unit pangsapuri servis.
Katanya, unit kediaman berkenaan ditawarkan dalam keluasan antara 550 kaki persegi hingga 958 kaki persegi, merangkumi pilihan 1+1 bilik tidur sehingga empat bilik tidur, termasuk unit dual-key bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pembeli.
"Susun atur ini sesuai untuk pembeli rumah pertama, golongan profesional muda, keluarga yang sedang berkembang serta isi rumah berbilang generasi," katanya.
Mengambil inspirasi daripada falsafah kehidupan sihat masyarakat Mediterranean, TAMU menawarkan 43 kemudahan gaya hidup yang memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan, rekreasi dan interaksi komuniti.
Antara kemudahan yang disediakan ialah Lounger by the Pool, Mediterranean Courtyard, Poolside BBQ, Moonlight Pavilion, Camp Haven, Blush Meadow dan Sky Arc Terrace, yang dikelilingi pokok zaitun, kaktus hiasan, tanaman herba serta landskap bercirikan Mediterranean.
Turut menjadi tarikan ialah The Spanish Steps, yang diinspirasikan daripada ruang pertemuan ikonik di Mediterranean, selain The Glass House, sebuah ruang eksklusif di aras bumbung yang sesuai untuk majlis makan malam dan sambutan persendirian.
Kemudahan lain termasuk kolam renang sepanjang 50 meter, Wellness Jacuzzi, gelanggang pickleball, gimnasium, studio gim wanita, ruang hiburan, dewan komuniti serta Skyline Promenade yang direka untuk memberikan pengalaman gaya hidup ala Mediterranean kepada penduduk.
Selain itu, OSK Mori Park turut dibangunkan berteraskan konsep komuniti mesra pejalan kaki menerusi reka bentuk tanpa pagar yang menghubungkan kawasan kediaman, komersial dan pejabat melalui Lifestyle Retail Boulevard.
Boulevard itu bakal menjadi nadi komuniti dengan menempatkan pelbagai kemudahan harian seperti kafe, restoran, pasar raya, pusat kesihatan, perkhidmatan gaya hidup dan keperluan kejiranan dalam jarak berjalan kaki.
Selain pangsapuri servis dan ruang runcit, TAMU turut menawarkan Signature Suites berkeluasan antara 550 kaki persegi hingga 926 kaki persegi.
Ruang fleksibel itu direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup dan perniagaan, sekali gus sesuai untuk usahawan, pemilik perniagaan kecil, pelabur dan pembeli yang memerlukan ruang lebih versatil di lokasi bandar.
Setiap Signature Suites dilengkapi lobi komersial khas bagi meningkatkan privasi dan kemudahan, manakala beberapa unit terpilih turut mempunyai akses parkir betul-betul di hadapan pintu unit, satu ciri yang lazimnya hanya terdapat pada kediaman bertanah.
Mengulas lanjut, Chu berkata, TAMU merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan OSK Mori Park yang memberi penekanan kepada keperluan gaya hidup masyarakat masa kini.
"Dengan susun atur yang praktikal, harga permulaan yang lebih mampu dimiliki serta ruang fleksibel yang menyokong keperluan kediaman dan perniagaan, TAMU direka untuk memenuhi aspirasi golongan profesional muda, keluarga yang sedang berkembang, usahawan dan pelabur.
"Sambutan memberangsangkan terhadap ALIA dan BAYU turut mengukuhkan keyakinan kami terhadap potensi jangka panjang Seksyen 13, Shah Alam.
"Menerusi TAMU, kami memperkenalkan satu lagi fasa pembangunan yang membolehkan pembeli menjadi sebahagian daripada pertumbuhan baharu Shah Alam," katanya.
Menurut OSK Property, Shah Alam kini memasuki fasa pertumbuhan baharu susulan pembukaan LRT3 kepada orang ramai pada 29 Jun 2026, selain pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam, penaiktarafan infrastruktur, inisiatif pembaharuan bandar serta pertumbuhan sektor komersial dan gaya hidup di kawasan sekitarnya.
Perkembangan itu dijangka meningkatkan lagi nilai Seksyen 13 serta permintaan terhadap kediaman berkualiti di bandar yang mempunyai jaringan pengangkutan yang lengkap.
TAMU dijadualkan siap pada separuh kedua tahun 2030, sekali gus mengukuhkan komitmen OSK Property dalam membangunkan projek yang menggabungkan aspek aksesibiliti, kepraktisan, kemudahan gaya hidup serta potensi pertumbuhan jangka panjang.
Bersempena pelancarannya, OSK Property akan menganjurkan TAMU Exclusive Preview pada 11 dan 12 Julai 2026, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang di Galeri Jualan OSK Mori Park.
Orang ramai dijemput hadir untuk melihat sendiri susun atur kediaman, konsep gaya hidup, kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan.
Sempena pratonton eksklusif itu, OSK Property turut memperkenalkan Citrus Harvest Campaign yang diinspirasikan daripada kebun sitrus Mediterranean.
Menerusi kempen tersebut, pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah eksklusif sebagai simbolik kepada permulaan gaya hidup baharu berinspirasikan Mediterranean.
Untuk maklumat lanjut, layari moripark.com.my atau hubungi 018-3838 586.