Ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri, Kuala Lumpur

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri dan ibu negara sehingga 9 malam ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini, negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Jeli dan Kuala Krai).

Iklan
Iklan

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) Negeri Sembilan (Seremban dan Jelebu) serta Johor ( Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Iklan
Iklan

Di Sabah, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama