Naratif enggan duduk semeja dengan DAP hanya untuk raih undi Melayu - Mat Sabu

Iklan
Mohamad ketika berucap dalam program Jelajah Johor Ke Depan: Undi Harapan PRN Johor di pekarangan Pasaraya Jiason, Masai Pasir gudang pada Ahad.

PASIR GUDANG – Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang tidak mahu duduk semeja dengan DAP hanyalah naratif politik bagi meraih sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa hasrat itu tidak selari dengan realiti apabila UMNO masih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan campuran di beberapa negeri termasuk Pahang dan Perak.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu' - Anthony

'Enggan duduk semeja dengan DAP itu kiasan' - Onn Hafiz

Iklan

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, di Pahang DAP turut memainkan peranan menyokong Menteri Besar daripada UMNO, sekali gus membuktikan kerjasama itu bukan sesuatu yang luar biasa.

"Tetapi DAP baik di Pahang dan Menteri Besar Pahang daripada UMNO boleh jadi Menteri Besar kerana sokongan DAP," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Johor Ke Depan: Undi Harapan PRN Johor di pekarangan Pasaraya Jiason, Masai di sini pada Ahad.

Iklan

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Naib Presiden Amanah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Mohamad menjelaskan, jika DAP benar-benar tidak boleh bekerjasama, parti itu sudah tentu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di Pahang dan Perak.

"Jadi kamu dipermainkan oleh MB Johor. Permainan kerana nak undi Melayu. Macamlah orang Tionghua dan rakyat Johor ini tidak pandai.

"DAP di Melaka baik, boleh jadi Exco tetapi Ketua Menteri daripada UMNO. Ertinya isu kaum kadang-kadang dipermainkan untuk undi dan bukan atas integriti.

"Dalam PH soal kerjasama antara parti tidak menjadi isu apabila DAP turut meletakkan calon Melayu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, manakala Amanah mempertaruhkan calon berbangsa Cina di DUN Permas," katanya.