Pendingin hawa cekap tenaga, jimat bil

Iklan
Merak Jalanan pernah baca tip penggunaan pendingin hawa iaitu tetapkan suhu antara 23°C hingga 25°C. Foto hiasan

CUACA panas memang merimaskan apatah lagi jika rumah kita tidak mempunyai penyaman udara, memang berpeluh dibuatnya.

Sebelum ini kerajaan beberapa kali menawarkan rebat untuk menggalakkan orang ramai beralih ke perkakasan elektrik cekap tenaga dan ia diteruskan lagi bermula 1 Julai 2026 lalu.

Iklan
Iklan

Walaupun kepada sebahagian orang, RM200 mungkin tidak sebanyak mana, tetapi bagi Merak Jalanan, ia adalah inisiatif pemula yang baik untuk kehidupan yang lebih selesa.

Sebenarnya, sejak dulu lagi kita sering dimomokkan dengan pemahaman bahawa bil elektrik akan melambung jika menggunakan penyaman udara di rumah.

Iklan

Namun, mungkin ramai yang tidak sedar, sikap kita yang menentukan berapa bil bulanan utiliti yang perlu dibayar.

Ada yang seharian membuka lampu, kipas walaupun tak digunakan. Itu semua memberi kesan kepada jumlah bil akibat penggunaan perkakasan tidak cekap dan di luar keadaan yang sepatutnya.

Iklan

Merak Jalanan pernah baca tip penggunaan pendingin hawa iaitu tetapkan suhu antara 23°C hingga 25°C.

Setiap penurunan suhu di bawah tahap ini akan memaksa kompresor bekerja lebih keras dan meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak enam hingga 10 peratus.

Dengan adanya rebat ini, kita boleh beralih kepada Label Cekap Tenaga 5 Bintang daripada Suruhanjaya Tenaga. Ia boleh membantu menjimatkan, tetapi yang lebih baik, tukar rutin kita.

Tutup suis apabila tak digunakan, pasang lampu di tempat yang perlu saja. Bil akan lebih jimat dan hidup kita juga tentu lebih bahagia.