Naratif 'calon tua' bukan penentu kemenangan pilihan raya
Iklan
Landskap politik negara memerlukan perubahan ke arah politik lebih matang dengan menjadikan kemampuan calon untuk memperbaiki isu sosial, ekonomi masyarakat setempat.Gambar kecil: Sivamurugan (kiri) dan Noor Nirwandy
SHAH ALAM - Naratif yang dimainkan pihak tertentu mengenai calon berusia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dijadikan ukuran utama dalam menentukan peluang kemenangan sesebuah parti.
Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, perbandingan calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN) perlu dilihat secara lebih menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan faktor usia semata-mata.