Onn Hafiz, Maszlee bawa naratif berbeza
Iklan
Onn Hafiz (kanan) dan Maszlee yang mempunyai latar belakang, pengalaman serta gaya kepimpinan berbeza, tampil dengan naratif tersendiri bagi memikat hati pengundi di negeri itu.
SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sahaja menyaksikan pertembungan antara gabungan politik utama, malah mengangkat dua figura berprofil tinggi yang dikaitkan sebagai calon Menteri Besar.
Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Dr Maszlee Malik yang mempunyai latar belakang, pengalaman serta gaya kepimpinan berbeza, tampil dengan naratif tersendiri bagi memikat hati pengundi di negeri itu.