KLUANG – Hampir 1,000 penduduk dan jentera Pakatan Harapan (PH) menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Warung Pak Din, Kampung Sahri, Simpang Renggam di sini pada Ahad.
Anwar yang juga Pengerusi PH tiba kira-kira jam 8.40 pagi dan disambut dengan laungan"Reformasi" daripada penyokong yang hadir.