Realisme politik di Johor
Iklan
Suasana perang bendera antara parti-parti politik yang bertanding dalam PRN Johor Ke-16. Foto Bernama
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor sedang memberi pelbagai indikator yang penuh ketidaktentuan politik, bukan sahaja kepada landskap politik negeri itu, malah terhadap kemungkinan terbentuknya jajaran politik baharu pada masa hadapan.
Ketika Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan pentadbiran negeri dengan majoriti mudah, apa-apa keputusan yang jauh di bawah pencapaian 40 kerusi pada PRN 2022 pasti akan dianggap tamparan kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Lebih-lebih lagi beliau dilihat sebagai pemimpin yang sukar dicabar dalam UMNO Johor ketika ini.