Seminggu terakhir penentu nasib PH
Iklan
Anis Anwar berkata, BN mempunyai kelebihan kerana manifesto mereka dilancarkan lebih awal dan dibina atas naratif kesinambungan pentadbiran.
SELEPAS menjadikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai sasaran utama kempen, Pakatan Harapan (PH) kini mengubah rentak dengan mempertaruhkan manifesto sebagai senjata utama untuk memenangi hati pengundi.
Peralihan strategi itu hadir ketika kempen memasuki minggu terakhir menjelang PRN Johor, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada tawaran baharu itu masih sempat mempengaruhi pengundi atau sudah terlambat untuk mengubah kecenderungan mereka.