Indonesia tolak cadangan jadikan Ibu Kota Nusantara sebagai pusat kewangan antarabangsa

Iklan
Pemandangan dari udara menunjukkan Taman Kusuma Bangsa di Ibu Kota Nusantara ibu negara baharu Indonesia yang sedang dibangunkan di Kalimantan Timur. - FOTO: AFP

JAKARTA – Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menolak cadangan menjadikan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur sebagai lokasi Pusat Kewangan Antarabangsa (PFI) dengan alasan kawasan tersebut masih terlalu sunyi dan belum sesuai untuk fungsi berkenaan.

“Mungkin tidak, (IKN) terlalu sepi,” katanya ketika ditemui di Kompleks Parlimen, Senayan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kerajaan masih dalam peringkat perbincangan untuk menentukan lokasi paling sesuai bagi pembangunan pusat kewangan khas tersebut yang dijangka memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan antarabangsa.

Beliau berkata, beberapa lokasi sedang dikaji termasuk Bali sebagai antara pilihan alternatif, namun keputusan muktamad masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan.

Iklan

Cadangan pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa itu sebelum ini diumumkan sebagai sebahagian daripada usaha Indonesia untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan yang stabil dan selamat, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan merancang membangunkan sebuah Pusat Kewangan Khas bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara di peringkat antarabangsa.

Iklan

Inisiatif tersebut turut dilihat sebagai langkah strategik untuk menarik pelabur asing serta mengukuhkan ekosistem kewangan Indonesia dalam jangka panjang.- Agensi