Wanita lumpuh baru kematian ibu antara asnaf terima bantuan

Iklan
Penerima-penerima sumbangan bergambar selepas selesai penyampaian. - FOTO: Yayasan Che Mas

BACHOK – Seorang wanita lumpuh yang baru kematian ibu antara 40 asnaf dibantu melalui sumbangan bakul makanan oleh Yayasan Che Mas di Kampung Pokpura di sini pada Sabtu.

Timbalan Pengerusi Yayasan Che Mas, Muharita Mustafa berkata, program itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam menyantuni golongan yang memerlukan di peringkat akar umbi.

Iklan
Iklan

“Ramai penerima yang berada dalam keadaan sangat memerlukan, termasuk pesakit terlantar yang memerlukan penjagaan rapi oleh ahli keluarga.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk meneruskan usaha kebajikan seumpama itu dari semasa ke semasa sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Iklan

“Penerima terdiri daripada penduduk di beberapa kampung sekitar Bachok dan dibantu supaya meringankan beban mereka yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.

“Walaupun bantuan yang diberikan tidak besar, tapi diharap menjadi simbol sokongan dan keprihatinan kepada mereka,” katanya.

Iklan

Siti Suraya yang terlantar dan menerima sumbangan makanan. - FOTO: Yayasan Che Mas

Sementara itu, wanita terbabit, Siti Suraya Mahmood, 24, anak kesembilan daripada 10 beradik itu lumpuh sejak kecil selepas diserang demam panas ketika kanak-kanak lagi.

Wanita itu kini dijaga sepenuhnya oleh adik beradik termasuk tiga abang lelaki berusia 32, 33 dan 36 tahun selepas kematian ibu mereka, Rosmaini Shafie, 59, pada 15 Mei lalu akibat komplikasi kencing manis serta darah tinggi.

Kakaknya, suri rumah, Siti Mariam, 29, berkata, mereka menyediakan keperluan adiknya termasuk makan minum, menukar lampin pakai buang serta penjagaan harian dengan bantuan ahli keluarga lain secara bergilir.

“Kami adik-beradik saling membantu, ada yang uruskan mandi, dan ada yang bantu tukar pampers serta keperluan harian lain.

“Saya sendiri ada empat anak masih kecil dan sumbangan makanan yang diberikan ini boleh menampung keperluan kami dalam seminggu,” katanya.

Siti Mariam memberitahu Siti Suraya yang dirinya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sejumlah RM500 setiap bulan.