KOTA BHARU - Serangga ranting yang terkenal dengan keupayaan menyamar menyerupai ranting pokok dipercayai semakin sukar ditemukan pada habitat semula jadi, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan penurunan populasinya akibat perubahan habitat dan iklim.
Ketua Jabatan Sains Praklinikal Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Goh Soon Heng berkata, walaupun tiada data saintifik yang menunjukkan spesies itu diancam kepupusan, terdapat petunjuk awal bahawa serangga berkenaan semakin jarang ditemukan berbanding dahulu. Foto Bernama