PRN Johor: Mohamad Shafwan lapor polis, papan tanda pula dikoyak
Iklan
Mohamad Shafwan menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung papan tanda kempennya yang dikoyakkan di bahagian muka.
KULAI - Selepas bahan kempen ditutup pihak lawan di Lebuhraya Putra, Bandar Putra, di sini pada Khamis (malam), tidak sampai beberapa jam papan tanda (billboard) calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai pula dikoyak.
Kejadian itu disedari calon berkenaan, Mohamad Shafwan Ani di persimpangan masuk Felda Taib Andak-Felda Inas pada Jumaat
Iklan
Iklan
Menurut Mohamad Shafwan, papan tanda kempennya pula menjadi mangsa khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dikoyakkan tepat di bahagian muka.
"Bagi memastikan keadilan dan kelancaran proses demokrasi ini, saya telah membuat laporan rasmi kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dan laporan polis rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini pada jam 11:34 malam pada Jumaat untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Iklan
"Taktik jijik dan perbuatan khianat sebegini amat mendukacitakan. Dalam landskap politik Malaysia yang sepatutnya semakin matang, kita wajar berlawan dari sudut idea, polisi, dan tawaran untuk rakyat, bukan dengan merosakkan bahan kempen lawan.
"Saya menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak berkuasa dan berharap tindakan tegas akan diambil agar insiden serupa tidak berulang, sama ada kepada saya mahupun calon-calon yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Tambah Mohamad Shafwan, provokasi seperti itu tidak melemahkannya dan pasukan.
"Kami akan terus berkempen secara berhemah, mematuhi undang-undang, dan memfokuskan sepenuhnya kepada mesej dan masa depan warga Bukit Permai mahupun Kulai.
"Biar rakyat yang menilai sendiri berdasarkan kerja nyata dan keikhlasan saya, bukan pada taktik jijik menjatuhkan orang lain kerana takut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>