Kempen PRN Johor lebih sederhana
Iklan
Di banyak kawasan, warna biru BN dan merah PH masih mendominasi ruang kempen, terutama di kawasan bandar utama. Foto Bernama
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor kali ini berlangsung dalam suasana yang jauh berbeza berbanding PRN 2022.
Jika empat tahun lalu kempen disifatkan cukup hangat dengan pertembungan sengit antara parti-parti utama, kali ini rentak kempen dilihat lebih sederhana, terkawal dan kurang beremosi.