'BN-Pas hidupkan semula PH'
Iklan
Mujibu berpendapat, kehadiran Bersama yang diterajui bekas pemimpin PH turut menambah rencam landskap politik Johor.
ARAHAN Pas supaya penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sahaja mengubah percaturan blok pengundi Melayu, malah dilihat mampu mempengaruhi corak pengundian masyarakat bukan Melayu, khususnya pengundi Cina.
Perkembangan itu mencetuskan persoalan sama ada wujud kebimbangan dalam kalangan pengundi bukan Melayu terhadap naratif kerjasama BN-Pas sehingga mendorong mereka kembali memberikan sokongan lebih besar kepada Pakatan Harapan (PH).