MPV terbakar di Lebuhraya Damansara - Puchong

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah MPV di sini pada Jumaat.

CYBERJAYA – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena musnah dalam kebakaran di Kilometer 36.7 Lebuhraya Damansara-Puchong di sini pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.27 petang.