PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan 5,140 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu sejak Rabu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, setakat ini permohonan PMA versi baharu di 14 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara masih terkawal.
"Setakat semalam (Khamis), sebanyak 5,140 pasport Malaysia versi baharu telah dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Zakaria berkata, pihaknya. menghargai sikap orang ramai yang memahami bahawa permohonan PMA versi baharu bukan diwajibkan, sebaliknya dibuka kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
"Orang ramai juga memahami bahawa pasport Malaysia versi lama masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh," katanya.
Beliau berkata, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada kerana pasport versi lama masih boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tamat tempoh sah.
Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu yang menampilkan 94 ciri keselamatan berbanding 49 sebelum ini.
Antara teknologi keselamatan digunakan termasuk 'guilloche', 'latent image', 'rainbow printing', 'line width modulation', hologram serta cetakan ultraviolet (UV) yang direka bentuk bagi meningkatkan perlindungan terhadap pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.
Terdahulu Zakaria dilaporkan berkata, ciri keselamatan baharu itu membabitkan elemen visual, tersembunyi dan forensik, seiring perkembangan teknologi dan keperluan keselamatan global yang semakin kompleks.
Beliau berkata, PMA baharu ini membabitkan tempoh sah laku 10 tahun dengan kadar bayaran RM350, manakala bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku lima tahun kekal RM200.
Katanya, buat permulaan, pasport akan dikeluarkan di 14 pejabat negeri terlebih dahulu termasuk di ibu pejabat bagi fasa pertama dan dijangka selesai hingga fasa ketujuh.
TEKS YANG TELAH DIBETULKAN:
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan 5,140 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu sejak Rabu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, setakat ini permohonan PMA versi baharu di 14 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara masih terkawal.
“Setakat semalam (Khamis), sebanyak 5,140 pasport Malaysia versi baharu telah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Zakaria berkata, pihaknya menghargai sikap orang ramai yang memahami bahawa permohonan PMA versi baharu bukan diwajibkan, sebaliknya dibuka kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Orang ramai juga memahami bahawa pasport Malaysia versi lama masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada kerana pasport versi lama masih boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tamat tempoh sah.
Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu itu menampilkan 94 ciri keselamatan berbanding 49 sebelum ini.
Antara teknologi keselamatan digunakan termasuk ‘guilloche’, ‘latent image’, ‘rainbow printing’, ‘line width modulation’, hologram serta cetakan ultraviolet (UV) yang direka bentuk bagi meningkatkan perlindungan terhadap pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.
Terdahulu, Zakaria dilaporkan berkata, ciri keselamatan baharu itu membabitkan elemen visual, tersembunyi dan forensik seiring perkembangan teknologi dan keperluan keselamatan global yang semakin kompleks.
Beliau berkata, PMA baharu ini membabitkan tempoh sah laku 10 tahun dengan kadar bayaran RM350, manakala bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku lima tahun kekal RM200.
Katanya, sebagai permulaan, pasport akan dikeluarkan di 14 pejabat negeri terlebih dahulu termasuk di ibu pejabat bagi fasa pertama dan dijangka selesai hingga fasa ketujuh.