CRISTIANO Ronaldo menjadi pencetus kebangkitan Portugal apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti selepas pasukannya ketinggalan pada awal babak kedua dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Croatia di Stadium Toronto.
Lensa kamera turut merakam detik sebelum sepakan diambil apabila bintang berusia 41 tahun itu dilihat menyebut kalimah Bismillah sebanyak dua kali ketika bersedia menghadapi tekanan, sebelum tenang menyudahkan sepakan ke tengah gawang untuk menghidupkan semula momentum Portugal.