Suami dera, bunuh isteri kerana 'terlalu gemuk'

Iklan
Mangsa maut dicekik suami sendiri. Foto Times Of India.

DHARWAD - Seorang wanita berusia 29 tahun ditemui maut baru-baru ini, selepas dipercayai dicekik oleh suaminya dalam satu insiden keganasan rumah tangga di kampung Hanasi, daerah Navalgund di negeri Karnataka, lapor Times Of India.

Mangsa, Priyanka Kamalakar, dilaporkan menjadi mangsa selepas mengalami konflik rumah tangga berpanjangan yang didakwa melibatkan tekanan emosi, penghinaan gemuk serta tuntutan mas kahwin tambahan.

Iklan
Iklan

Menurut polis, suspek utama, Basavaraj Waddar, bersama tiga individu lain dipercayai rakan subahat telah ditahan selepas terbabit dalam kes pembunuhan dan penderaan terhadap mangsa.

Pihak berkuasa berkata, pasangan tersebut berkahwin pada tahun 2024 dan pada awalnya hidup dalam keadaan baik, namun hubungan mereka mula merosot akibat pertelingkahan berterusan.

Iklan

Keluarga mangsa mendakwa Priyanka sering menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental, termasuk tekanan berkaitan tuntutan wang dan emas daripada keluarga suaminya.

Polis turut memaklumkan bahawa suspek didakwa kerap menghina isterinya mengenai berat badan yang didakwa sebagai 'terlalu gemuk', termasuk kenyataan yang merendahkan maruah mangsa serta mendakwa wanita itu tidak mampu mengandung, yang sering mencetuskan pergaduhan.

Iklan

Dalam kejadian pada malam Isnin, satu pertengkaran dilaporkan berlaku di kediaman mereka sebelum mangsa dipercayai dicekik hingga maut.

Pihak polis menyatakan terdapat juga cubaan untuk menyembunyikan jenayah tersebut sebelum keluarga mangsa membuat laporan selepas mengesyaki keadaan kematian yang mencurigakan.

Kes kini disiasat di bawah seksyen berkaitan pembunuhan dan keganasan berkaitan mas kahwin, manakala semua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. -Agensi