Lelaki ditemukan rentung dalam bilik

Iklan
Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Bayu Permai pada Khamis.

BELURAN – Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Bayu Permai di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Baha Sudirman, 49, ditemukan di bahagian bilik selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.40 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Beluran.

Iklan

Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran.

"Jentera bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi disebabkan tiada laluan akses dan sebaik tiba, terdapat sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

Iklan

"Pasukan bomba menjalankan operasi memadam api dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari kolam berhampiran.

"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa rentung ditemukan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari," katanya.