PRN Johor: Dakwaan kempen BN 'suram' hanya tafsiran politik peribadi - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Santunan Kasih Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Desaru, pada Khamis. Foto Bernama

KOTA TINGGI - Dakwaan kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor"suram" yang ditimbulkan oleh pihak tertentu hanyalah mengikut tafsiran politik peribadi mereka dan tidak mencerminkan realiti sebenar di lapangan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hakikatnya jentera BN menjalankan kempen secara rancak dan menyifatkan pandangan pihak lawan sebagai hak masing-masing untuk membuat penilaian sendiri.

Iklan
Iklan

"BN merasakan kempen ini sedang rancak dijalankan dan tentunya apa yang sedang diperkirakan oleh pihak gabungan lain selain daripada gabungan dalam parti-parti komponen BN, itu adalah hak mereka sama ada untuk menyokong atau sebaliknya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

Iklan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

Iklan

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Santunan Kasih Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, BN menghargai sokongan daripada pelbagai pihak dan berharap ia diterjemahkan dalam bentuk undi pada 11 Julai ini bagi memastikan kemenangan calon parti.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya kerjasama erat BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan boleh mengelirukan pengundi tradisi di Johor, beliau berkata, isu tersebut tidak timbul.

"Tidak timbul masalah kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, apatah lagi kami yang berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan bekerja secara profesional dengan cukup erat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, BN yang bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyasarkan kemenangan besar bagi mengukuhkan mandat, bersandarkan prestasi cemerlang pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Katanya, di bawah Onn Hafiz kerajaan negeri berjaya mencatat kutipan hasil sebanyak RM2.26 bilion tahun lepas, prestasi terbaik dalam kalangan negeri di Semenanjung.

Beliau berkata, BN yakin mandat yang lebih besar akan membolehkan kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan agenda pembangunan yang digariskan menerusi manifesto bagi tempoh lima tahun akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Mengenai seruan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya pengundi menolak PH sepenuhnya termasuk dalam saingan satu lawan satu membabitkan BN, Ahmad Zahid berkata pihaknya lebih gemar bersikap profesional.

"Itu adalah pendekatan mereka. Kita bergerak secara profesional. Kita memberikan tumpuan kepada calon-calon kita, dan tentunya, jika ada dukungan tambahan, itu lebih baik.

"Apa yang akan kita lihat pada 11 Julai nanti di peti-peti undi adalah bukti nyata sama ada apa yang mereka katakan itu benar atau sebaliknya,” katanya.

PRN Johor menyaksikan BN dan PH yang masing-masing mempertaruhkan 56 calon, Perikatan Nasional (33), Bersama (15), MUDA (empat), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) (satu), Parti Sosialis Malaysia (PSM) (satu) manakala Bebas (enam).

PRN Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor/. - Bernama