8 sami terbunuh selepas trak pikap dipandu budak rempuh perarakan ziarah

Iklan
Keadaan trak pikap yang mengakibatkan 8 sami Buddha terkorban manakala 13 lagi cedera parah selepas sebuah trak pikap merempuh kumpulan sami yang sedang menjalankan perarakan ziarah - Foto: The Thaiger.

BANGKOK — Lapan sami Buddha terkorban manakala 13 lagi cedera parah selepas sebuah trak pikap merempuh kumpulan sami yang sedang menjalankan perarakan ziarah berjalan kaki di wilayah Mukdahan, timur laut Thailand, pada Khamis, menurut polis.

Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan di tepi jalan di Ban Na Si Nuan, daerah Mueang.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat, polis dan petugas kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa sami terbaring di atas jalan serta bahu jalan.

Lima mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Iklan

Kesemua 13 mangsa yang cedera telah dihantar ke beberapa hospital berhampiran untuk rawatan kecemasan.

Siasatan awal polis mendapati pikap tersebut dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang didakwa mengambil kenderaan itu tanpa kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sebelum melanggar kumpulan perarakan sami berkenaan.

Iklan

Pihak berkuasa kini telah mengawal kawasan kejadian, mengumpul bukti, menemu bual saksi, serta menyiasat punca sebenar kemalangan tersebut. Siasatan masih diteruskan.-Agensi