[VIDEO] Hamzah persoal pelantikan Azam Baki sebagai Penasihat NFCC

Iklan

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan justifikasi pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC).

Hamzah, Azam Baki

Iklan
Iklan

Hamzah berkata, ini kerana Azam terpalit dengan beberapa isu termasuk korporat mafia dan saham.

“Ini soalan yang patut dijawab oleh kerajaan.

Iklan

“Oleh kerana saya disoal tentang perkara ini. Jadi bagi pihak media, saya bertanyakan kepada kerajaan, apa justifikasi Tan Sri Azam dilantik sebagai penasihat NFC yang dia sendiri sebenarnya mempunyai masalah sedang disiasat,” ujarnya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, MCA menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan bahawa Azam Baki, telah dilantik sebagai penasihat di NFCC.

Iklan

Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan berkata, laporan mengenai pelantikan itu menimbulkan kebimbangan serius, terutama ketika pelbagai pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai masih menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan berkaitan “mafia korporat” serta kaitan yang didakwa melibatkan Azam.

Sementara itu, Hamzah sempat memerli Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini pernah mempersoalkan pihak yang diwakilinya apabila membangkitkan isu pembatalan Sambutan Hari Peneroka Felda 2026 Peringkat Johor.

“Ini soalan daripada media Perdana Menteri, seperti yang amat berhormat tanya kepada saya, bagi pihak siapa? Bagi pihak media. Terima kasih,” ujarnya.

Beliau turut menggesa agar kerajaan bersikap telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.