Pakar syor had BAC 0.03 peratus
Iklan
SHAH ALAM - Malaysia boleh mempertimbangkan had kepekatan alkohol dalam darah (BAC) sebanyak 0.03 peratus bagi semua pemandu pada masa depan, manakala had 0.00 peratus atau sifar toleransi dikuatkuasakan terhadap pemandu berisiko tinggi bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira tahap penguatkuasaan, sistem ujian alkohol dan penerimaan masyarakat terhadap dasar berkenaan.