Mencari jalan tengah isu Rohingya
Iklan
Krisis Rohingya bukan kegagalan Malaysia. Ia bukan juga semata-mata isu domestik Myanmar. Foto hiasan
BARU-BARU ini ada viral berita seorang aktivis Rohingya yang bernama Noor Azizah yang telah dikecam warga Malaysia kerana beliau mendakwa bahawa terdapat lebih 2000 kanak-kanak Rohingya yang berada di Pusat Tahanan Imigresen Malaysia.
Sudah tentu ramai pihak yang melenting dan menyanggah tuduhan tersebut. Seolah-olah seperti orang yang tidak mengenang budi. Dalam bahasa Inggeris ada bidalan 'Bite the hands that feed you.'