Mayat lelaki ditemui dalam kereta depan restoran

Iklan
Gambar tular di media sosial berhubung kes penemuan mayat seorang lelaki di hadapan restoran di Jalan Kemunting, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Satu mayat dijumpai dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemunting di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira jam 9.55 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 49 tahun.

"Mayat telah dihantar ke Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Tambahnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).