Suara anda penentu masa depan gaji minimum Malaysia

Iklan

Apabila kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum baharu, pernahkah anda tertanyatanya bagaimana keputusan itu dibuat? Adakah ia diputuskan hanya oleh Kerajaan atau suara pekerja dan majikan turut diambil kira?

Iklan
Iklan

Penetapan kadar gaji minimum melalui proses yang diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], melibatkan kajian teknikal, analisis data dan rundingan bersama sebelum sesuatu keputusan dimuktamadkan.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) kini sedang melaksanakan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi menilai sama ada kadar gaji minimum semasa masih relevan dengan keadaan ekonomi, kos sara hidup, produktiviti dan perkembangan pasaran buruh.

Iklan

Apa yang menjadikan proses ini istimewa ialah ia bermula dengan suara anda.

Sama ada anda seorang pekerja mahupun majikan, pandangan yang dikongsikan akan menjadi sebahagian daripada input rasmi dalam pembentukan dasar gaji minimum negara.

Iklan

Bagaimana suara anda menjadi dasar negara?

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum sesuatu kadar gaji minimum diumumkan, ia melalui lima peringkat utama.

Pada setiap peringkat, terdapat manfaat yang akhirnya dinikmati oleh rakyat.

Mengapa anda perlu menyertai kaji selidik ini?

Dasar yang baik bermula dengan data yang tepat. Data yang tepat pula bergantung kepada penyertaan pekerja dan majikan dari seluruh negara.

Dasar gaji minimum yang berkesan bukan hanya bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah memastikan perniagaan terus berdaya saing dan mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Oleh itu, penyertaan daripada kedua-dua pihak amat penting. Pandangan pekerja membantu kerajaan memahami realiti kos sara hidup dan keperluan pendapatan, manakala maklum balas majikan memberikan Mengapa anda perlu menyertai kaji selidik ini?

Dasar yang baik bermula dengan data yang tepat. Data yang tepat pula bergantung kepada penyertaan pekerja dan majikan dari seluruh negara.

Dasar gaji minimum yang berkesan bukan hanya bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah memastikan perniagaan terus berdaya saing dan mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Oleh itu, penyertaan daripada kedua-dua pihak amat penting. Pandangan pekerja membantu kerajaan memahami realiti kos sara hidup dan keperluan pendapatan, manakala maklum balas majikan memberikan gambaran sebenar mengenai cabaran operasi, produktiviti serta keupayaan perniagaan.

Apabila kedua-dua perspektif ini digabungkan, kerajaan dapat merangka dasar yang lebih seimbang, inklusif dan berasaskan bukti demi manfaat semua pihak.

Setiap data yang dikumpul ini akan dianalisis secara teliti oleh kumpulan pakar melalui Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) bagi memastikan input anda diterjemahkan menjadi asas pertimbangan dasar yang kukuh.

Semakin ramai yang mengambil bahagian, semakin kukuh asas pertimbangan dalam merangka dasar gaji minimum yang lebih adil, inklusif dan berasaskan bukti.

Penyertaan anda amat dialu-alukan. Hanya lima minit masa anda hari ini boleh membantu membentuk dasar gaji minimum yang akan memberi kesan kepada jutaan pekerja dan majikan di seluruh Malaysia.

Suarakan pendapat anda sekarang!