The Roof Realty lakar sejarah dengan prestasi cemerlang 2025

Iklan
Pencapaian merekodkan lebih 53,000 transaksi hartanah, nilai jualan hampir RM20 bilion serta melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit dalam tempoh setahun

KUALA LUMPUR – Agensi hartanah terkemuka negara, The Roof Realty terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila menerima dua pengiktirafan berprestij susulan prestasi cemerlang yang dicatatkan sepanjang tahun 2025.

Pengiktirafan bertaraf serantau itu diberikan menerusi dua kategori utama iaitu Ejen Berpendapatan Sejuta Berprestasi Tertinggi 2025 (Top Performing Million-Earner Agents in 2025) dan Jumlah serta Nilai Transaksi Kasar Jualan (GSV) Tertinggi 2025 (Highest Transaction Volume & Value (GSV) in 2025).

Iklan
Iklan

Pencapaian tersebut sekali gus mencerminkan komitmen berterusan The Roof Realty dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi, memacu inovasi serta menampilkan kepimpinan dinamik dalam industri hartanah negara.

Pengasas dan Pengarah Urusan The Roof Realty, Datuk Wira Dr Nicholas Yap berkata, kejayaan itu merupakan hasil dedikasi, integriti dan usaha berterusan seluruh warga kerja syarikat.

Iklan

Menurut beliau, pencapaian merekodkan lebih 53,000 transaksi hartanah, nilai jualan hampir RM20 bilion serta melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit dalam tempoh setahun menjadi bukti kukuh terhadap kekuatan organisasi dan visi yang dikongsi bersama.

"Kejayaan merekodkan lebih 53,000 transaksi, mencapai nilai jualan hampir RM20 bilion dan melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit pada tahun 2025 adalah satu penanda aras yang membuktikan kekuatan tenaga kerja serta kejelasan visi bersama kami.

Iklan

"Pengiktirafan ini akan terus menyuntik inspirasi kepada kami untuk menetapkan standard baharu dalam industri, selain memberi pulangan nilai yang lebih bermakna kepada pelanggan, rakan kongsi dan komuniti," katanya.

Ditubuhkan pada tahun 2009, The Roof Realty kini berkembang sebagai antara agensi hartanah terbesar dan paling pesat membangun di Malaysia dengan rangkaian ribuan perunding hartanah profesional di seluruh negara.

Nicholas berkata, pelaburan berterusan dalam program latihan komprehensif serta transformasi digital berjaya membentuk reputasi kukuh syarikat dalam melahirkan pakar hartanah yang berprestasi tinggi dan mampu menjana pulangan memberangsangkan.

Beliau berkata, prestasi perniagaan syarikat pada tahun 2025 turut mencatatkan lonjakan ketara apabila merekodkan sebanyak 53,626 transaksi hartanah.

"Jumlah tersebut sekali gus menjana Nilai Jualan Kasar (GSV) mencecah RM19,783,912,659 atau hampir RM19.8 bilion.

"Pada tahun yang sama, agensi ini turut melahirkan 13 ejen hartanah berpendapatan sejuta ringgit, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem latihan syarikat dalam membangunkan tenaga kerja berprestasi tinggi," katanya.

Pengiktirafan bertaraf serantau itu diberikan menerusi dua kategori utama iaitu Ejen Berpendapatan Sejuta Berprestasi Tertinggi 2025 (Top Performing Million-Earner Agents in 2025) dan Jumlah serta Nilai Transaksi Kasar Jualan (GSV) Tertinggi 2025 (Highest Transaction Volume & Value (GSV) in 2025).

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Adjudikator, Datuk KK Chua yang menyifatkan The Roof Realty sebagai antara contoh terbaik dalam pengurusan industri hartanah di rantau ini.

Menurut beliau, kejayaan syarikat itu bukan sahaja terserlah menerusi nilai jualan RM19.7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu, malah lebih membanggakan apabila berjaya melahirkan ramai ejen yang membina kerjaya cemerlang dalam industri.

"The Roof Realty telah memamerkan tahap pengurusan dan kepimpinan yang sangat luar biasa dalam kalangan agensi hartanah di rantau ini.

"Impak mereka bukan sekadar diukur melalui nilai jualan RM19.7 bilion yang dicapai pada tahun 2025, tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah jumlah ejen yang berjaya membina kerjaya yang memberi inspirasi bersama mereka," katanya.

Maklumat lanjut mengenai The Roof Realty boleh diperoleh menerusi laman web rasmi syarikat di www.theroofrealty.com.

#theroofdreamstartfromhome