Polis Melaka siap siaga hadapi PRN Melaka termasuk kemungkinan rusuhan

Iklan
Latihan menangani provokasi atau rusuhan sepanjang PRN berlangsung.

MELAKA - Polis Melaka berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk latihan menangan situasi rusuhan atau provokasi sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebagai persediaan awal, kontinjen itu mengadakan latihan simulasi selama dua hari yang merangkumi sesi tabletop exercise dan field exercise bagi menguji tahap kesiapsiagaan semua agensi yang terlibat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun tarikh PRN Melaka masih belum diumumkan, polis mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua elemen keselamatan berada dalam keadaan bersedia.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar

Iklan

“Latihan ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan kita dalam menghadapi PRN. Ia melibatkan latihan bersepadu bersama pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Kesihatan.

“Ini merupakan julung kali latihan seumpama ini diadakan di Melaka dengan penglibatan pelbagai agensi,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi PRN Ke-16 Negeri Melaka Tahun 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) di Tanjung Bidara di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, seramai kira-kira 3,300 pegawai dan anggota polis akan digerakkan bagi mengendalikan aspek keselamatan sepanjang PRN, bermula daripada proses penamaan calon, tempoh berkempen, hari pengundian sehingga selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Katanya, PRN Melaka dijangka melibatkan 264 pusat mengundi dengan keseluruhan 1,168 saluran mengundi, justeru persediaan awal perlu dilakukan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Mengulas kemungkinan berlakunya provokasi atau rusuhan, beliau berkata, senario berkenaan hanya dijadikan antara situasi yang diuji dalam latihan bagi memastikan anggota bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Daripada risikan yang kita jalankan, keadaan di Melaka setakat ini terkawal dan aman. Kita tidak menjangkakan akan berlaku rusuhan atau kejadian sedemikian.

“Bagaimanapun, kita tetap membuat persediaan awal supaya anggota bersedia sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini,” katanya.

End