'Elak budaya merajuk, ambil MC' - Shuhaily beri amaran kepada anggota AKPS
Iklan
Mohd Shuhaily ketika berucap di Perhimpunan Bulanan AKPS di Putrajaya pada Rabu.
PUTRAJAYA - Pegawai dan anggota yang menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) perlu menekankan disiplin, elak budaya 'merajuk' dan memberi alasan sakit apabila ditegur.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua yang masuk dan menyertai AKPS harus keluar daripada zon selesa masing-masing.
Iklan
Iklan
Menurutnya, budaya 'change of command' akan menjadi tunjang kepada pengoperasian AKPS.
"Disiplin yang mana sekiranya ditegur, tidak merajuk dan esoknya tidak memberi alasan sakit dan mengambil surat cuti sakit yang diragui.
Iklan
"Budaya ini akan saya noktahkan dengan tindakan disiplin. Mana-mana klinik swasta yang memberikan surat cuti tidak sah akan saya buat laporan polis," katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan AKPS di sini pada Rabu.
Mohd Shuhaily berkata, budaya sebeginilah yang membuatkan sesuatu organisasi penguatkuasaan hilang taringnya.
Iklan
Jelasnya, dalam erti kata lain AKPS memerlukan komitmen pegawai dan anggota dalam memartabatkan kembali maruah diri yang berada di barisan hadapan pintu masuk negara.
"Secara langsung kembalikan kepercayaan rakyat dalam memikul amanah ini...dengan wajah baru, saya amat berharap tuan tuan dan puan puan dapat membawa wadah baharu," ujarnya.
Perhimpunan Bulanan AKPS bagi bulan Julai 2026 diadakan bagi menghimpunkan seluruh warga AKPS sebagai platform komunikasi rasmi kepimpinan tertinggi agensi dalam menyampaikan hala tuju strategik, memperkukuh kesatuan organisasi serta menyemarakkan budaya kerja yang berteraskan integriti, kecekapan dan profesionalisme.
Penganjuran kali ini turut membawa signifikan yang tersendiri kerana diadakan bersempena pelaksanaan rasmi Skim Perkhidmatan AKPS yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.
Tarikh 1 Julai ini juga merupakan genap satu tahun kepimpinan Mohd Shuhaily sejak 1 Julai 2025.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan kejayaan tangkapan, rampasan dan serahan bagi tempoh Januari hingga Mei lalu yang mencecah RM140.863 juta iaitu hampir dua kali ganda berbanding RM82.1 juta yang direkodkan sepanjang tahun 2025.
"Sebanyak 432 kontena e-waste dengan jumlah berat melebihi 5,803 tan berjaya ditahan daripada dibawa masuk atau keluar negara secara tidak sah," ujarnya.
Kata beliau, melalui koordinasi tersusun di bawah prinsip Whole of Government, 122 kontena e-waste telah dihantar keluar ke beberapa negara penerima mengikut keperluan Konvensyen Basel.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.