Pengundi muda mahu penyelesaian, bukan sekadar janji
Iklan
Sinar Harian pada Selasa melaporkan blok mengenai pengundi muda dan pemilih kali pertama dijangka muncul sebagai penentu utama di kerusi sengit pada PRN Johor ke-16. Gambar kecil: Mohamad Tawfik
PUTRAJAYA – Pengundi muda dijangka membuat pilihan berdasarkan kemampuan parti politik menawarkan penyelesaian terhadap isu yang membelenggu kehidupan mereka, bukannya sekadar bergantung kepada janji atau manifesto pilihan raya.
Penganalisis politik, Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, cabaran terbesar parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah meyakinkan hampir 1.3 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun bahawa mereka benar-benar mampu menyelesaikan masalah dihadapi golongan itu.