Penyeragaman profesion Peguam Syarie
Iklan
Peguam Syarie bukan sahaja bertanggungjawab mewakili anak guam, malah memainkan peranan membantu Mahkamah Syariah menegakkan keadilan menurut prinsip syariah dan undang-undang yang berkuat kuasa.
PROFESION Peguam Syarie merupakan salah satu institusi penting dalam sistem pentadbiran keadilan Islam di Malaysia.
Sebagai pegawai mahkamah (officer of the court), Peguam Syarie bukan sahaja bertanggungjawab mewakili anak guam, malah memainkan peranan membantu Mahkamah Syariah menegakkan keadilan menurut prinsip syariah dan undang-undang yang berkuat kuasa.