Kes buli MRSM: Empat pelajar dibuang, dua digantung sementara siasatan polis

Iklan
Hantaran Asyraf Wajdi di Facebook.

SHAH ALAM - Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor yang disyaki terlibat dalam kes buli dibuang daripada institusi berkenaan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang dan memutuskan tindakan berkenaan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua daripada mereka pula digantung sehingga pengesahan diperolehi daripada polis sama ada turut melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa.

Iklan
Iklan

"Namun, amaran berulang kali diberikan #YouTouchYouGo," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar MRSM memuat naik hantaran mendakwa anak lelakinya terpaksa keluar daripada MRSM selepas tidak tahan dibuli pelajar senior.

Iklan

Menerusi hantaran terbabit, wanita itu mendakwa anaknya terpaksa memilih berhenti daripada MRSM kerana tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran disebabkan menjadi mangsa buli.

Dalam pada itu Asyraf Wajdi memaklumkan, pelajar-pelajar junior yang didakwa membawa barang terlarang turut disiasat.

Iklan

"Apa juga kesalahan yang dibuat oleh junior tidak sesekali menghalalkan perbuatan buli dengan mengambil tindakan sendiri, menghukum pelajar-pelajar terbabit.

"Apa-apa pun, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah Mara dan JDM kerana mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan dan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam sebagaimana arahan saya," ujarnya.