PRN Johor: BN Pahang fokus bantu kemenangan calon di kawasan Felda
Iklan
Wan Rosdy
KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang memperkukuh gerak kerja kempen bagi membantu memastikan kemenangan calon-calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, khususnya di kawasan Felda.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN dan UMNO Pahang diberi tanggungjawab untuk menyelaras gerak kerja parti di Parlimen Tanjung Piai dan Pontian, melibatkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pekan Nanas, Pulai Sebatang, Benut dan Kukup.
Iklan
Iklan
Menurutnya, BN Pahang turut diberi kepercayaan untuk memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan Felda dalam usaha memperkukuhkan sokongan pengundi menjelang hari pengundian.
"Sepanjang berada di Johor selama tiga hari bermula hari penamaan calon, saya melihat semangat jentera parti berada pada tahap yang amat baik.
Iklan
"Semangat jentera begitu baik, sokongan yang diterima juga amat menggalakkan dan calon-calon yang dikemukakan UMNO serta Barisan Nasional dilihat bersemangat untuk bekerja demi rakyat.
"Jadi saya yakin, insya-ALLAH BN di Johor akan memperoleh kemenangan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Guru Pahang 1st 2026 dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan SPM 2025 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Selasa.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN dan UMNO Pahang akan turun ke kawasan Felda di Segamat Khamis ini bagi membantu jentera parti meneruskan gerak kerja kempen.
"Penglibatan BN Pahang membuktikan komitmen penuh jentera parti negeri ini dalam memastikan kemenangan calon-calon BN di Johor, khususnya di kawasan yang berada di bawah jagaan,"ujarnya.
BN Johor sebelum mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri PRN Johor ke-16.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.